Kata orang, never judge a book by
its cover - tapi saya tidak sekali-kali menggunakan kaedah itu dalam memilih
buku. Pada saya, kaedah "dari mata turun ke hati" adalah lebih baik,
dan inilah yang berlaku dalam kes buku ini.
Naskhah ini saya temui dengan tidak
sengaja di rak buku Popular Mesra Mall pada hari Jumaat lepas. Perkara pertama
yang menangkap perhatian saya adalah wajah Kak Wan yang mesra serta simplicity
cover design nya. Ia nampak kemas dan kena pada mata saya. Saya sememangnya
tidak kisahkan subjeknya atau pengarangnya. Begitu sekali panahan "dari
mata turun ke hati" ni ...
Dan, yang paling membuatkan saya
pelik, saya boleh menghabiskan pembacaan at one go! Satu pencapaian besar untuk
tempoh tahun kebelakangan ini! Berapa muka surat buku ni? 162 muka surat sahaja
(tapi, ia masih satu pencapaian kerana ada buku yang lebih nipis - dan majalah
juga - daripada itu mengambil masa berhari-hari, malah berbulan untuk saya
habiskan.

First impression mengenai Datin
Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Kak Wan)? - seorang wanita yang lemah lembut,
ibu yang penyayang, isteri yang setia dan public figure yang low profile. Saya
sebenarnya menghalang diri daripada memakai kaca mata politik apabila membaca
buku ini. Sebabnya pastilah senang untuk ditebak. Dengan segala gambaran,
nukilan, pendapat dan garapan yang pelbagai di media, pastilah sedikit sebanyak
ia mempengaruhi cara kita melihat seseorang itu. Ditambah pula dengan
kecenderungan pandangan kita, persepsi boleh sahaja berbeza. Tapi, paling
utama, cuba switch off kan semua pandangan itu untuk jadikan kita pembaca
neutral -- dan saya rasa saya berjaya untuk kali ini.
Buku ini pada dasar
penceritaannya adalah mendatar sahaja. Bercerita mengenai seseorang - ibaratnya
membaca maklumat di wikipedia sahaja. Penceritaan dibuat berdasarkan kepada
temuramah langsung pengarang dengan Kak Wan - oleh yang demikian, tiada banyak
yang boleh diperkatakan. Namun, ada rasa 'ikhlas' yang bertebaran di halaman-halaman
tertentu yang bisa membuatkan saya terasa. Buku ini tetap ada 'sesuatu'.
Ditulis dalam format memoir
journalist (apa benda tu? - ikutkan, memoir akan memfokuskan satu fragmen
tertentu dalam hayat seseorang, tetapi, ini lebih kepada biografi ringkas -
bagi sayalah), buku ini menceritakan peribadi Kak Wan - bermula daripada
kelahirannya sehinggalah ke waktu sekarang (beliau sebagai Presiden PKR).
Seorang anak yang beraut Chinese look (melalui keturunan), berpegang teguh
dengan agama, serta seorang yang pintar (Kak Wan merupakan pelajar terbaik
OBGYN di Royal College of Surgeoens, Ireland pada tahun 1977 - saya baru nak
menjenguk dunia tahun itu!).
Semua maklumat (terutama Kak Wan dalam politik) yang dipaparkan di
dalam buku ini telah saya sedia maklum lantaran semasa peristiwa September 1998
itu berlaku, ramai orang mahu lebih mengenali keluarga bekas tokoh nombor dua negara.
Saya masih ingat, selepas mengdengar berita pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim
(DSAI), saya sedang study untuk peperiksaan tahun ketiga universiti di KUSZA
(kini UNiSZA). Sungguh mengejutkan. Tapi, kami pelajar UIA –KUSZA ketika itu
punyai satu sentiment tidak enak mengenai DSAI kerana berkaitan dengan
penempatan kami di situ. Ada rasa marah, sedih dan segalanya. Bercelaru mungkin
ayat yang paling sesuai menggambarkan keadaan itu.
Walau bagaimanapun, saya
jadiberminat untuk mengetahui mengenai anak dan isterinya. Dan, hasilnya,
setiap majalah atau buku mengenai mereka, saya langgan. Bahkan, saya mula
membaca Mingguan Wanita (yang punya banyak cerita mengenai isteri pasrah ‘dikerjakan’
suami) hanya kerana majalah tersebut banyak memaparkan cerita-cerita Kak Wan
dan anak-anak. Saya masih ingat cover pertama majalah tersebut yang saya beli
dihiasi gambar Kak Wan dan Nurul Izzah (yang masih muda remaja). Sebenarnya lagi,
bukan cerita Kak Wan yang saya nanti, tapi cerita Nurul Izzah. Saya juga masih
ingat cover majalah Newsweek yang memuatkan cerita keluarga ini dengan gambar
Nurul Izzah memakai bunga kemboja merah di rambutnya.
Andai dilunasi seluruh buku ini,
ia banyak menceritakan mengenai bagaimana Kak Wan boleh terus berdiri di
belakang suaminya – walau pernah dikhabarkan di dalam ceramah yang pernah saya
hadiri yang beliau memang maklum
mengenai kegiatan luar tabie suaminya (masih sangat questionable). Saya tidak
menelan bulat maklumat itu, walau dalam masa yang sama terdetik jugalah di
dalam hati, dengan segala londehan yang dibuat media, kenapa masih dia
menyokong suaminya? Benarlah kata orang, there are three sides of story, mine,
yours and the truth. Kita yang melihat, tak sama dengan yang mengalami, dan
hanya mereka dan Allah sahaja yang tahu kebenarannya.
Saya paling tertarik dengan
cerita Kak Wan sebagai doktor – dan saya dapat merasakan bahawa dia memang
doktor yang baik. Dia memang sajak sebagai doktor. Cerita bagaimana dia
mententeramkan seorang pesakit yang perlu menjalani pembedahan mata sangat
menyentuh hati saya:
“Pak Lang kelihatan sangat tidak
selesa dan berada dalam kerisauan. Sejurus kemudian Kak Wan berbisik ke telinga
Pak Lang dalam loghat utara, “Pak Lang tok sah dok ghisau eh, Azizah ada dah
ni.”
Mendengar bisikan itu, wajah Pak
Lang kembali ceria, “Hangpa dah ada, baghu lega rasanya.” (Bab 4, halaman 67)
Penuh sentuhan kemanusiaan!
Itu yang membuatkan Kak Wan
berperibadi luhur di dalam buku ini (dan saya tidak meraguinya!)
Cerita pertemuannya dengan DSAI
juga kelihatan sweet dan simple. Tidak banyak cerita berdating, hanya lebih
berhubung melalui telefon. Contoh kisah cinta yang tidak keterlaluan.
Begitu juga anekdot mengenai
seorang anak pada setiap perubahan atau perpindahan portfolio DSAI – selepas kelahiran
Nurul Izzah pada tahun 1980, pasangan Kak Wan dan DSAI akan mendapat anak
setiap kali DSAI menjawat portfolio baru, bermula dengan sebagai timbalan
menteri di JPM pada 1982 hinggalah ke jawatan Menteri Kewangan sekitar 1990 (5
portfolio).
Terakhirnya, emosi jadi terganggu
apabila membaca mengenai kesengsaraan, dan kerisauan Kak Wan selepas peristiwa
September 1998 itu. Pada bahagian ini, saya masih membacanya di luar kaca mata
politik, lantas saya boleh merasa emosinya yang tercalar apabila orang yang
paling hampir dengannya diperlakukan sebegitu rupa. Terselit pelbagai rasa
apabila Kak Wan bercerita bagaimana keluarganya diperlakukan seperti orang yang
bersalah benar (walau belum dibuktikan di mahkamah).
Adakah buku ini mempengaruhi cara
saya memandang keluarga Kak Wan? Ketepikan soal politik, ya, ia mengubah
pandangan itu. Bermaksud, ia adalah kisah biasa manusia yang tiba masa diuji
dan bagaimana mereka melalui ujian itu. Selebihnya, pertimbangan lain harus
dilihat di bawah kaca mata dan topi yang pelbagai.
Entah mengapa, usai baca buku
ini, terus terngiang-ngiang di kepala mengenai pendapat Robert A. Dahl mengenai
politik:
"Any persistent pattern of human relationships that involves, to
a significant extent, power, rule or authority"
Buku ini buku yang baik kerana
penulis tidak banyak memberi pendapat peribadi dalam mengarang terhadap isu-isu
tertentu – kerana fokus utamanya adalah pada Kak Wan. Namun, bila membaca
bahagian Perspektif, saya sedikit jengkel apabila Kak Wan dibandingkan dengan
Datin Rosmah Mansor (melalui petikan ucapan Ketua Wanita PKR) dari segi
pembawaan diri masing-masing. Bukan bermaksud saya bias ke Datin Rosmah, tapi
ia semacam tidak relevan untuk mencipta persona seseorang dengan merendahkan
orang lain.
Persona Kak Wan boleh berdiri
dengan teguh dan kekal tanpa perlu perbandingan begitu – dan itulah sedikit
kekesalan saya dengan buku ini (sebenarnya boleh dikesampingkan kerana itu
bukanlah sebahagian daripada apa yang ditulis penulis).
Saya rasa gembira dapat
berkenalan dengan Kak Wan melalui buku ini. Sungguh.