Sunday, October 27, 2013

Give Me a Hug: Nick Vujicic

Image: Yours Truly


Buku ini adalah sempena harijadi saya tahun ini - daripada teman serumah, Kak SitiM.

Pertama yang menarik di mata, adalah cover buku dengan lukisan yang sangat comel. Tajuknya juga sangat catchy pada saya. Tapi, bila membaca di bahagian bawah covernya, hati macam .. ehhh ... "... lessons your kids cannot miss..."? 

Err, I don't have any kids, and this suppose to be my birthday present ... and I don't get it! Tapi, tak kisahlah, bukan perkara besar pun. Mungkin pemberinya melihat saya masih seperti kanak-kanak yang perlu diberikan life lesson untuk menghadapi saki baki kehidupan yang entah berapa lama lagi ni. Mungkin juga saya ni late bloomer, yang masih perlu dididik walaupun umur nak sama dengan Malaysia? Hihihi ...

Saya pernah beberapa kali melihat di internet mengenai Nick, tapi tidaklah pernah mahu mengambil kisah mengenainya. Ya, pada saya ceritanya biasa saja - dia berjaya mengharungi hidup dengan positif - tiada yang menariknya pada saya. Konsepnya senang, kalau kita positif dengan kehidupan dan persekitaran, datanglah dugaan bagaimana pun, InsyaAllah, pasti akan dapat diharunginya.

Tetapi, sekiranya saya lihat buku ini di rak, mungkin akan saya capai juga kerana cover nya yang cantik (ya, konsep don't judge a book by it's cover is not applicable to me ..). 

Seperti yang selalu saya ungkapkan, saya susah nak mendapat motivasi atau semangat daripada pembacaan, namun, yang mengekalkan minat saya untuk membaca, sejauh mana penulis mampu bercerita dan bercerita (biasalah tu, kalau cerita menarik, memanglah kita akan terus membaca, kan?).

Macam mana ya nak cerita?



OK, berbalik kepada Nick - saya tidak tertarik kepada cerita kejayaannya yang menjadi pakar motivasi, speaker dan sebagainya. Tetapi, cerita-cerita kecil yang membuahkan sesuatu yang besar itulah yang paling menarik.

Buka sahaja bab pertama, apabila Nick bercerita bagaimana seorang kanak-kanak perempuan ini berusaha memikirkan cara terbaik untuk memeluk Nick, itu yang tertangkap di benak rasa. Perasaan itu. Perbuatan itu. 

Kemudian, cerita bagaimana action janitor sekolahnya Mr Arnold membuatkan Nick dapat mengubah hidupnya, dan juga cerita bagaimana dengan satu pertanyaan ringkas daripada Mr McKagan, gurunya mampu membuatkan Nick menghadapi hari sukarnya.

Tapi, bukankah itu bunyinya sama - tetap juga kamu terinspirasi daripada sesuatu yang kamu baca?

Ya, lebih kurang begitulah. Saya pun tak pasti. 




Usai membaca buku ini, saya tersenyum sendiri. Ada sesuatu yang melontarkan saya ke zaman kanak-kanak yang membahagiakan. 


Saya berterima kasih kepada Kak SitiM kerana mencuit kembali rasa anak-anak yang sudah agak lama tidak diendahkan.

:)

No comments: