Akhirnya!
Penantian selama 3 tahun akhirnya membuahkan hasil!
Buku ini sebenarnya ditulis bersempena dengan satu siri syarahan Dari Minda Tun yang diadakan di kampus kami sekitar 2009. Ia adalah kumpulan 8 esei pendek yang ditulis oleh beberapa orang penulis berdasarkan apa yang dikatakan Tun Dr. Mahathir seputar isu ketuanan Melayu yang sangat heboh satu ketika dulu (sekarang sudah berkurangan).
Kami (penulis) menjangkakan yang buku ini boleh dihasilkan dalam tempoh setahun selepas siri syarahan supaya isu yang diperkatakan menjadi relevan. Namun, kerenah birokrasi telah membuatkan penerbitannya hampir memakan masa lebih dari 3 tahun. Akhirnya, seorang rakan telah mengambil inisiatif untuk menerbitkan sendiri buku ini, dan, alhamdulillah, pada 25 Jun 2013, buku ini secara rasmi sudah berada di tangan kami, para penulisnya.
Buku ini tidak dicetak banyak - setiap penulis hanya diberikan 20 naskhah sahaja untuk simpanan - dan saya telah pun memberikan sebahagian daripadanya kepada kenalan dan handai taulan secara percuma.
Yang nak diceritakan di sini - perasaan apabila memegang sebuah buku yang di dalamnya mengandungi tulisan kita...
Teruja - kerana melihat perkara itu!
Berdebar - dengan apa yang bakal pembaca fikir dan katakan
Takut - adakah ada orang yang akan membacanya?
Gembira - kerana, akhirnya penantian sudah berakhir.
Apa pun, saya kira ini permulaan yang baik untuk saya mencuba dan terus mencuba menulis dan get publish!
... tapi, sejujurnya, ia serupa sahaja perasaannya menulis dan publish di blog. Hehehe ...
Anda juga patut mencuba!
2 comments:
kamu sangat beruntung...saya akan cuba mencarinya di pasaran...oh, saya jua beruntung punya teman seorang penulis.
Selamat ler mencari... Mmg x kan jumpe ler... If u want one... Give ur address and I'll send it to you FOC
Post a Comment