Saturday, March 27, 2010

PBAKL 2010: Cerita 1

Saya baru sampai ke rumah. Aghhhh .. penatnya kaki. Habis melecet-lecet berjalan-jalan di situ (alasan saja, sebab pergi ke situ tidaklah lama pun, ke tempat lain yang lamanya ... hehehe).

Seperti yang saya beritahu, kali ini saya pergi atas biaya sendiri (selalunya tokey syarikat buku yang akan taja). Tapi, yang hairannya, sebab pergi sendiri ni lah, belian saya jadi biasa-biasa saja. Excitement itu seakan 'tidak mari'. Entah apalah sebabnya ... saya pun tak tahu ...

Oh ya, jangan salah faham, kalau pun pemergian itu atas biaya tokey buku, belian peribadi atas tanggungan sendiri. Kiranya, sambil menyelam minum air - tolong pilihkan buku untuk fakulti, sambil cari buku sendiri.

Kali ini macam tak ramai pembeli dari IPT yang saya temui dan dengar khabarnya, tiada langsung wakil-wakil dari maktab perguruan. Khabarnya juga ia berikutan tiada peruntukan untuk maktab bagi melakukan pembelian buku dalam belanjawan 2010 yang lalu.

Hmmm ... tidak mengapa ... buku bukannya basi. Berharaplah, tahun depan dimurahkan rezeki lagi.

Saya tidak mensasarkan pembelian buku-buku akademik kali ini, tapi lebih kepada buku-buku bacaan yang biasa. Maka ... inilah semuanya! (Jumlah yang sama seperti tahun lepas).



Buku yang kedua terakhir itu saya beli tanpa memerhati betul-betul. Bila membaca blurbnya pun seakan tak perasan bahawa buku ini diterjemahkan ke bahasa Indonesia. Berpinar juga mahu memaham riset itu apa, ngobrol itu apa sebelum dapat mengagak apa maksud yang sebenarnya. Tapi, sebab bahasa Indonesia juga bahasa serumpun, perkara itu bukan masalah. Mungkin saya perlu mencari karya asalnya. Hmmmm ...

Jangan tanya bila akan habis baca kerana yang dibeli setahun dulu pun, hanya 6 yang terlangsai. Ingatkan resolusi tahun ini akan buat saya dinamik, namun macam tak berjaya saja. Tapi tidak mengapa ... membaca kan proses sepanjang hayat. Tak habis baca pun bukan buku akan bunuh diri, kan? -- ayat pengubat hati.

Dua buku ini memang saya nantikan, kerana karya AbuSaif sudah saya minati. Apa ceritanya saya tidak peduli, saya beli sahaja (saya tidak baca pun blurbnya ... saya sudah tetapkan di hati, buku ini akan saya cari bila saya nampak iklannya di blog AbuSaif). Semoga tiada kekecewaan ... :)

Itulah saja cerita bahagian pertama ini. Saja mahu menunjuk apa yang dibeli. Bahagian kedua saya tulis kemudian saja.

Kesimpulannya, saya suka berpesta! ... errr ... pesta buku, maksudnya.

Friday, March 12, 2010

Suka. Suka. Suka.



... Kau ku cinta
Engkaulah yg ku puja
Tertunggu selama ini takku jumpa
Dgn mu ku di lamun indah
Ku harap cinta akan tiba di hati kita..

Lihat kamu
Tak ku sedari
Waktu dh mulai tinggalkan ku

Kau kau kau
Buatku lupa mengapa ku disini pada mulanya..

Ertikanlah malam ku yg sayu dingin tanpamu ....
(*)
Sebahagian lirik AKAN TIBA (Amylea)


Overnya saya, kan?

Tapi , memang begitu selalu pun. Asal tiba PBAKL, saya akan jadi teruja macam apa saja. Kegembiraan 'melawat' lautan buku-buku, membeli dan bermacam-macam aktiviti lagi membuatkan PBAKL umpama kegembiraan menyambut raya di waktu-waktu kecil dulu. - Baca ke tidak buku-buku yang dibeli, belakang kira!

Tahun ini, saya akan pergi sendiri - tanpa biaya dari publisher seperti tahun-tahun dahulu. Mujurnya tarikhnya masih sempat bertemu waktu gaji, maka, sedang moleklah ... Lepas PBAKL, mungkin saya akan meringkuk diam-diam saja. T_T

Saya tak pasti apa yang saya akan cari. Mungkin sesuatu yang lama, yang baru, yang dihilangkan ... macam-macamlah. Semoga PBAKL kali ini akan terus mengindahkan hidup saya!

Jumpa di sana!

Saturday, February 6, 2010

Takkan lah tak pernah berubah sejak sekian lama?

Kenal pasti budaya membaca
KUALA LUMPUR 5 Feb. - Benarkah rakyat Malaysia hanya membaca purata dua buah buku setahun? Persoalan itu dibangkitkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang percaya bahawa keadaan itu jauh lebih baik pada masa sekarang.

"Tidak mungkin rakyat Malaysia masih lagi membaca dua buku setahun. Industri buku negara telah meningkat dengan purata 16,000 judul buku diterbitkan setahun. Jadi kita merumuskan keadaan itu telah berubah kini," katanya....


Bila saya membaca berita ini, saya tak tahu apa respon sepatutnya. Apa yang sebenarnya yang cuba disampaikan oleh pak menteri ini?


Rais berkata, kementeriannya akan menjalankan kajian terbaru bagi mengenal pasti situasi terkini terhadap budaya membaca dan tahap pembacaan di kalangan rakyat Malaysia. Katanya, kajian yang mengambil masa enam bulan itu akan dilaksanakan oleh Perpustakaan Negara Malaysia bermula April ini….


Saya sebenarnya hairan. Dengan perkembangan industri buku di Malaysia, sambutan orang ramai yang datang ke PBAKL saban tahun, kementerian masih bergantung kepada kajian yang berusia puluhan tahun itu? Seingat saya, sedari saya mula pandai memaham data dan fakta, kajian itulah termasuk dalam fakta yang saya kumpul. Itu cerita 20 tahun lepas. Tak kan lah masih tiada kajian baru mengenai trend pembacaan rakyat Malaysia. Sungguh aneh.

Kalau beginilah keadaannya, patutlah dalam hal buku-buku di Malaysia ini, dasarnya kelihatan tidak berapa memberangsangkan. Sebagai contoh, pelepasan cukai hanya RM1000 bagi pembelian buku, mungkin polisi kerajaan menggunakan hasil kajian yang lapuk ini!

Tak fahamlah!

Tapi, saya masih optimis dengan janji menteri nan seorang ini. Moga-moga ada hasil yang bakal melegakan kita semua - kerana saya tak mahu menjadi sebahagian daripada statistik yang statik itu!


P/s: Pak Menteri, ini buku terbaru yang saya beli. Saya dah baca sampai ke halaman 31 dan ia bermula semalam! Tapi saya tak tahulah bila pembacaan saya akan habis T_T

Gambar pinjam dari sini

Friday, February 5, 2010

Orang tamak rugi tak?

Masih dalam mode mencatat nota sepatah dua ...



Betulkah dengan kata-kata "orang tamak selalu rugi"?

Saya rasa mungkin betul. Saya mula baca dengan yang paling kiri sekali, kemudian 2 hari kemudian, yang kanan pula, dan seminggu kemudian 2-2 yang di tengah tu.

3 minggu kemudian, yang paling atas itu.

Akhirnya, saya menjadi tepu, dan semuanya tersadai begitu sahaja.

Urghhhh .... bagaimana saya nak membaca 50 buah buku setahun ni?!!!

Wednesday, January 27, 2010

The quote.

I found this and love it. Sharing is caring ... thus I'm here to share it.

"I love being a writer. What I can't stand is the paperwork." Peter De Vries



End of January already ....!

Friday, January 8, 2010

Resolusi ke 4. Rekod dan Testimoni.

Nota:
Catatan yang tiada tujuan. Sekadar mahu mencatat sesuatu.


Saya sudah melaksanakan resolusi yang keempat yang telah saya nyatakan sebelum ini. Saya harus berterima kasih kepada 2 rakan yang hari jadi mereka jatuh pada penghujung 2009 dan permulaan 2010 .. lalu membuatkan resolusi saya menjadi!

Penerima pertama:
Kawan yang ini paling senang - kerana dia sentiasa akan memberitahu saya apa yang dia mahu untuk hari jadinya. Dan, mujurnya, kemahuannya sentiasa dalam range yang berpatutan .. hehehehe ... Sebenarnya, buku yang saya hadiahkan padanya adalah buku yang dipesannya untuk saya belikan semasa saya ke KL bulan lepas. Tambahan, dalam majalah flavours ™ ditawarkan diskaun 25% terhadap buku-buku yang dia mahu. Lalu, ia memberikan idea kepada saya. Saya katakan pada dia, kalau salah satu buku itu berharga kurang daripada RM50, anggaplah itu hadiah daripada saya untuk hari jadinya!

Dan, apabila dapat buku-buku tersebut, salah satunya memang berharga kurang daripada RM50, dan satu lagi saya belikan dengan diskaun 25 % itu. Saya memang gembira kerana katanya dia sangat menyukai buku-buku itu!



Dan, setelah selesai membaca My Life in France, dia jadi gila menonton filem Julie & Julia itu. Saya juga tengah berkira-kira untuk mengulang nonton cerita itu! Hehehe ...




Penerima kedua:
Kawan yang ini susah sikit untuk diberikan hadiah ulang tahun kerana ... entahlah ya ... dia macam ada segalanya. Dia tidak kisah pun apa yang diberikan, namun kadang-kadang itulah yang memeningkan kepala. Maka, saat saya berjalan-jalan di MPH Jusco Bukit Raja, saya telah ternampak buku ini, dan lantas terbayangkan dia! It really represents her. Dan, saya sangat gembira kerana memberikan dia buku itu!

Testimoni kawan yang ini ...

Pertama:
(sic) Finish reading d Birkin TWICE! Soo me like! D places mentiond some i hav been to - wow great nostalgia! My fav book ever, tq! (Jan 7, 2010)

Kedua:
(sic) If u love money, shoppin, handbag n travel - ths birkin is a MUST READ! I'm inspired already! (Jan 7, 2010)



Dua testimoni dalam masa yang hampir sama. Memang saya agak dia amat menyukainya.




Bagaimana dengan anda? Ada cerita gembira mengenai apa yang anda berikan kepada rakan-rakan anda?

Mulakan lah memberi ... pasti anda akan rasa hidup makin bererti ... la la la la ...

Friday, January 1, 2010

Buku dan Azam Tahun Baru.

Apa cerita di tahun baru? Bagaimana? Permulaan yang baik atau tidak? Apa pun saya doakan yang baik-baik sahaja.

Satu perkara yang sering saya lakukan semasa bermulanya tahun baru adalah melaluinya seperti hari-hari biasa. Saya tidak meletakkan azam apa-apa. Yang pasti, saya mahu terus bersyukur kerana masih berpeluang untuk hidup.

Tapi, untuk 2010 ini, saya ada azam dengan buku.


Pertama:
Saya berazam untuk membaca setiap buku yang saya beli. Kerana, sebelum ini terdapat banyak buku yang sudah bertahun dibeli, namun belum dibaca-baca. Adakah buku-buku ini akan bersoala jawab dengan saya di mahsyar nanti?

Kedua:
Saya berazam untuk lebih membaca buku-buku ilmiah di samping bacaan ringan dan yang sewaktu dengannya. Ilmiah di sini bermaksud, yang berkaitan dengan apa yang diajar dan apa yang pernah dipelajari ... buat meningkatkan keupayaan diri.

Ketiga:
Mahu menulis review bagi setiap buku yang dibaca dengan segera -- bukan bertangguh-tangguh seperti sekarang.

Keempat:
Mahu menghadiahkan kawan-kawan dengan buku untuk meraikan hari istimewa dalam hidup mereka, walaupun mereka bukanlah tergolong dalam kelompok yang suka membaca.


Cukuplah setakat itu rasanya. Saya kira cukup realistik kot azam tu.

Dan, pada 1 Januari 2010, ini yang telah saya lakukan:




Adakah anda rasa saya akan berjaya berdasarkan bahan bukti yang saya kemuka kan itu?

Selamat tahun baru!