Picture Credit: Google |
Saya selalu juga mendengar tajuk
cerita ini, tapi tak pernah kisah apakah ia. Rupanya, ia adalah naskhah novel terpanjang dunia yang ditulis oleh karyawan tersohor, Victor Hugo pada tahun1862. Karya Hugo tidak pernah masuk ke dalam senarai impian saya. Sebab mudah,
saya tidak cukup kekuatan dan kesabaran untuk menghadapinya. Tapi, belum cuba,
belum tahu. Tengoklah nanti J
Bila terbaca mengenai adaptasi
naskhah ini ke filem, Kak Marina mula memberi input mengenai cerita ini. Mulalah
dia bercerita mengenai excitement nya semasa menonton pementasan cerita ini di
UK. Saya pun jadi sedikit excited.
Dimulakan dengan scene sebuah
kapal besar dengan barisan pesalah menyanyikan lagu Look Down – Kak Marina
sekali lagi excited mengenangkan kembali pementasan naskhah ini di West End
dengan menyuruh saya membayangkan besarnya kapal yang diletakkan di atas pentas
itu. Hmmm .. entahlah .. mungkin boleh, mungkin tidak. Tapi, gaya dari
ceritanya, saya boleh bayang rasanya.
Pada permulaan cerita ini saya
merasa sedikit intense dengan miserable situation yang digambarkan – watak Jean
Valjean, pesalah bernombor 24601 yang dikenakan parol seumur hidup atas
kesalahan mencuri sedikit roti buat anak kakaknya yang sedang sakit. Dia telah
dicop sebagai seorang yang sangat merbahaya pada kad pengenalan dirinya dan
menyebabkan dia berterusan akan menghadapi kesusahannya – tiada siapa yang mahu
mengambil dia bekerja. Cuma, pada saat ini, saya sedikit keliru dengan scene di
mana Javert, seorang polis menyuruh dia mengangkat tiang bendera kapal yang
telah patah seorang diri. Tiang itu sangat besar dan berat, tapi Jean Valjean
mampu mengangkatnya.
Valjean kemudian cuba meneruskan
hidupnya yang sengsara itu – menghadapi kesengsaraan dihalau dan dihina,
sehinggalah dia dilayan seperti seorang manusia di sebuah biara oleh seorang
paderi tua. Namun, dek kerana insecurity dan mungkin naluri untuk survive
seorang terhina sepertinya, dia kemudian mencuri hiasan perak paderi itu, namun
kedapatan. Semasa dia ditangkap, paderi mengatakan bahawa Valjean tidak
melakukan apa-apa kesalahan kerana dai sendiri yang memberi hiasan perak ini. Detik
itu kemudian menyedarkan Valjean (pada pandangan saya lah) bahawa berputus asa
dengan kehidupan dengan menjadikan hidup itu lebih teruk dengan melakukan
perbuatan buruk tidak mengubah apa-apa. Malah menjadikannya lebih buruk. Dia mengambil
keputusan untuk mengoyak kad pengenalannya dan membina identiti baru (dan
pastinya dia telah melanggar hukuman parolnya).
Enam tahun kemudian, Valjean
menjadi seorang pemilik kilang yang berjaya dan dilantik menjadi datuk bandar Montreuil-sur-Mer
dengan gelaran Monsieur Madeleine. Javert, si polis masih lagi memburu Valjean –
dan semasa di sini, baru saya boleh mengaitkan peristiwa Valjean mengangkat
tiang bendera dengan satu kejadian pasa masa ini – dia menolong mengangkat Fauchelevent
yang ditimpa roda pedati di saat tiada sesiapa yang mahu membantu (uhhh..
teruknya kehidupan di situ!). Melihat cara Monsieur Madeleine melakukan aksi
itu, membuatkan Javert sedikit suspicious kerana padanya, aksi begitu hanya
mampu dilakukan oleh penjenayah yang dia buru selama ini, Jean Valjean. Namun,
oleh kerana Monsieur Madeleine adalah datuk Bandar, adalah mustahil untuk
Javert berfikiran begitu.
Aduh… panjang lagi ni ceritanya.
Saya malaslah nak taip semuanya.Anda bacalah di sini sinopsis buku dan filemnya.
Secara rawak, ini antara
perkara-perkara tersirat yang boleh saya simpulkan di dalam cerita tersebut:
- Kemaafan itu memang suatu bentuk dendam yang terindah. Kerana, kemaafan mampu mengocak ego seseorang dan dalam kes Javert, membuatkan dia terus bunuh diri (indah bukan? – being cynical here).
- Kesedaran pula membuatkan manusia itu mencari cara untuk menjadi bermanfaat dan mempunyai tujuan dalam kehidupan. Kesedaran untuk tidak berputus asa dengan hidup, membuatkan Valjean bangkit dan mengubah hidupnya dari dihina kepada orang yang bertaraf mulia.
- Untuk survival, manusia akan melakukan apa sahaja – Fantine terpaksa menjual rambut dan 2 batang giginya dan menjadi pelacur untuk membiayai anaknya Cosette yang dipelihara dan didera oleh pasangan Thenadiers. Pasangan Thenadiers menipu sepanjang masa untuk mendapatkan keselesaan hidup.
- Anak-anak muda penggerak revolusi seharusnya jelas kemana hala tujunya revolusi mereka. Bukan sekadar menjatuhkan regim yang ada, namun tiada perancangan apa yang berlaku seterusnya. Harus sentiasa mendahulukan kehendak revolusi daripada kepentingan dan keselesaan diri.
- Jalan menuju revolusi itu adalah sesuatu yang sukar dan berliku. Tiada manusia yang sukakan perubahan, apatah lagi perubahan kepada sesuatu yang tidak mereka ketahui hasilnya. Maka, para revolusioner tidak harus patah semangat. Saya paling tertarik pada watak Gavroche, anak gelandangan yang licik tetapi penuh semangat. Babbak di mana dia menyanyikan lagu Do They Hear the People Sing untuk menaikkan semangat Marius dan rakan-rakan yang hampir terjejas kerana masyarakat tidak menyokong revolusi mereka adalah yang terbaik. Gavroche mati ditembak oleh askar anti-revolusi
- Adalah sangat kelakar pada babak Mr Thenadier salah sebut nama Cosette ketika Valjean mahu mengambil (menebus) Cosette dari jagaan mereka kerana janjinya pada Fantine. Sekejap disebut Cojette, sekejap Cobette. Ada penonton mat saleh di hadapan kami ketawa besar pada scene itu. Tapi Sacha Baron Cohen memang lucu!
- Babak cinta berlainan jantina mesti ada dalam sesebuah penceritaan – kerana ia seperti penambah perisa. Namun, tidak perlu keterlaluan penonjolannya sehingga menenggelamkan topik utama cerita. Dan ini tidak terjadi dalam cerita ini (pada saya). Memang ada babak-babak cinta antara Cosette dan Marius serta babak Eponine yang menaruh hati dalam diam terhadap Marius – tapi ia hadir begitu begitu sahaja. Saya suka begini.
- Eponine anak pasangan Thenadiers yang saya fikirkan seperti stereotype watak antagonis yang selalu saya temui, rupanya tidak begitu. Menyedari bahawa Marius lebih mencintai Cosette tidak membuatkan dia iri hati (tapi sangat kecewa).saya fikir dia akan mensabotaj surat yang ditinggalkan Cosette untuk Marius apabila bapanya (Valjean) bercadang untuk melarikan diri ke England bagi mengelak untuk ditangkap Javert, tetapi tidak. Dia menyalurkan rasa kecewa itu dengan menyertai kelompok revolusiner itu. Namun, Eponine mati ditembak askar.
- Sekiranya kita tahu matlamat dan kenapa kita ini dijadikan Allah, pastinya kita boleh memaksimakan potensi diri – ini antara pencarian saya yang masih belum berhasil. Moga-moga, akan tercapai satu hari nanti.
- Kata kak Marina, Russell Crowe sedikit mengecewakan dalam membawa watak Javert – mungkin kerana dia terlalu concern dengan nyanyiannya sendiri, maka watak Javert yang cold-hearted itu tidak sempurna jadinya (tapi suaranya nyanyinya sedap!)
- Saya suka sekali lagu Do You Hear the People Sing dan terasa semangat revolusinya apabila dinyanyikan. Dan lagu Look Down itu pula mengingatkan saya kepada lagu Hoi Ho Ya Hoi nyanyian 40 orang penyamun di dalam Ali Baba Bujang Lapok!
Filem berdurasi 2 jam 30 minit
ini pada saya sangat menarik (tapi sedikit meletihkan) – kerana dialognya semua
di dalam bentuk lirik lagu soprano. Kak Marina kata, dia ada urge untuk berdiri
dan sama-sama menyanyi dengan Valjean bila orang itu bersoprano pada satu babak
tertentu. Saya rasa, kalau digalakkan sedikit sahaja lagi, pasti dia
melakukannya! Saya sungguh pasti! Dan seharusnya saya terpaksa menapis telinga
untuk mendengar suara Anne Hathway menyanyikan lagu I dreamed A Dream yang
berbaur suara dia di tepi telinga saya! – Miserable kedengarannya .. namun
masih OK.
Rating: 4 / 5
No comments:
Post a Comment