Saya selalu bias dengan banyak perkara. Kalau ada orang mengunjukkan satu buku baharu, saya akan pastikan penulis itu saya kenali – kerana, kalau tidak, buku itu mungkin akan kekal di rak tanpa dibaca. Begitu juga dengan benda lain. Dalam konteks filem, apabila filem ini dikatakan suatu produk daripada Afdlin Shauki, saya terus excited mahu menonton kerana baik atau buruk filem Afdlin, ia akan sentiasa baik pada saya. Begitulah biasnya saya.
Picture by Google |
Filem ini saya tonton pada hari PM membentangkan belanjawan 2013. Saya memang tidak berminat untuk mengetahui mengenai perkara itu dan tidak kisah apa yang saya akan dapat. Lantas, ada kawan yang menulis di FB saya: “Berhati-hati Pisha … PM takkan bagi bonus kepada orang yang tidak menonton pembentangan bajet petang ini..”
Pedulikan!
Seperti biasa, partner in crime saya, Kak Marina saya heret sekali. Dia pun suka juga nak menonton filem ini kerana tertarik dengan Behind the scene yang ditayang beberapa kali di ASTRO. Tiada expectation yang tinggi (walaupun ia filem Afdlin) kerana fenomena pembikinan dan penayangan filem di Malaysia ketika ini adalah bersifat monotonous. Tema dan topik yang dikitar semula berkali-kali.
Seperkara lagi, filem ini adalah adaptasi daripada novelis prolifik – Ahadiat Akashah. Antara penulis kegemaran pada zaman remaja saya dulu – walau bagaimanapun, saya tidak membaca karya epiknya LBS itu. Saya paling suka novel Bunga Jantan (tapi saya sudah lupa plotnya).
Ok, ini catitan rawak saya mengenai filem itu:
- Jodoh itu ketentuan Allah – siapalah kita yang boleh mengubahnya? – namun, saya lebih tertarik pada pengajaran bahawa kita masih boleh memilih apa yang kita mahu. Ketentuan Allah itu satu hal, namun, Allah masih sudi memberikan kita peluang memilih. Mungkin keupayaan manusia untuk memikirkan hikmah suatu kejadian menjadikan kita redha dengan apa yang dibentangkan kepada kita. Cliché bukan? Tapi itulah yang selalunya terjadi.
- Apa yang ada tidak disyukuri, apa yang tiada sering dirisaukan. Bukan bait nasyid kumpulan Raihan, tapi menggambarkan apa yang selalunya kita buat. Walaupun ada nasihat yang mengatakan bahawa fight till the end, ada perkara yang seharusnya kita sedar dan faham telah sampai ke hujungnya. Afin patutnya sedar bahawa, apabila Ujie bernikah dengan orang lain, perjuangan cinta itu harus selesai. Itu noktahnya. Namun,Afin masih mahu mencuba – dan akhirnya melepas semuanya.
- Babak bagaimana Armin (Afdlin) memulangkan telefon bimbit Ujie yang ditinggalkan di dalam kereta paling saya suka. Ia seolah trade mark Afdlin untuk cerita komedi romantiknya. Momen yang begitu serupa juga berlaku dalam filem Soalnya Hati dan Soalnya Siapa dulu.
- Pada saya, adalah lebih baik kalau Zizan Nin itu menggantikan Rashidi kerana Zizan lebih sesuai sebagai mommy’s boy daripada Rashidi. Memek muka dan geraknya lebih meyakinkan.
- Vanida Imran sangat cantik dan pakaiannya cantik-cantik belaka. Terutamanya dress yang dipakai dalam babak mereka di kelab. Memukau!
- Saya sebenarnya lebih mahu tahu tahu kisah Balqis (Dira Abu Zahar) – patut dikembangkan juga sedikit.
- Cerita ini pada keseluruhannya mendatar sahaja, kerana boleh diteka apa yang akan berlaku seterusnya. Saya terlelap beberapa kali, namun masih tidak ketinggalan ceritanya.
- Kontroversi yang ditimbulkan oleh Mufti Kerajaan Negeri Perak itu saya tidak pasti berlaku pada babak mana. Andai cadangan Afin untuk menyuruh Ujie dan dirinya bercerai dari pasangan masing-masing setelah tiga hari berkahwin itu membawa maksud boleh merungkaikan ikatan perkahwinan Vee dan Shidi, saya kena mentelaah lebih lagi bab Munakahat. Tidak pasti sama ada Satuk Mufti menonton filem ini untuk membuat kesimpulan tersebut atau disuruh orang untuk memberi komen.
Picture by Orang Perlis |
Picture by Orang Perlis |
2.5 bintang dari 5 bintang keseluruhannya.
No comments:
Post a Comment