Gambar dari sini
Pernahkah anda menulis sesuatu yang mengarut? Mengarut yang saya maksudkan di sini adalah meulis sesuatu yang kadang-kadang out of the world? Contohnya, seperti cerita diserang hantu kemudian anda bertukar menjadi Ultraman dan kemudiannya bergabung dengan Power Rangers dan menakluk dunia ini?
Saya selalu merasakan saya ini orang yang tidak pandai berimaginasi. Kalaupun ada ia hanyalah sekadar imaginasi biasa, yang masih terkawal ceritanya. Ala-ala masih berpijak di bumi nyata. Membosankan. Dan, saya sememangnya kagum dengan mereka yang boleh menulis dengan penuh imaginasi, terutama yang boleh menulis dalam genre fiksyen, sains.
Dan, ROJAK termasuk di dalam kekaguman saya.
Sesuai dengan tajuknya ROJAK - memberi konotasi campur semuanya, karya Amir yang ini membuatkan saya rasa macam-macam. Ada cerita yang buat saya rasa mahu menangis, ketawa, rasa huh!, dan macam-macam lagilah.
Berkonsepkan cerita pendek yang ditulis tidak melebihi 350 patah perkataan, ada 63 cerita kesemua. Ada sesetengah cerita macam pernah dibaca dan didengar - seperti Dorm Horror Story (famous joke mengenai sabun Fab - siapa yang tinggal di asrama mesti pernah dengar cerita ini), A Tale of Two Cars (saya pernah baca dalam Chicken Soup series), City Fantasy (mengingatkan saya iklan Budi Bahasa lakonan Adlin Aman Ramli dalam LRT), dan The Breakup (surat cinta yang ditulis di dalam Bahasa Inggeris yang diterjemah secara langsung dari Bahasa Melayu.)
Yang paling saya suka cerita SPEED - ketawa saya panjang sekali. Tak tahu kenapa ia sangat lucu bagi saya.
Namun, ada juga cerita yang tidak dapat saya appreciate - SODOMY dan KARAOKE. Entah, mungkin kurang imaginasi boleh dipersalahkan!
Saya bagi 4/5 markah untuk keseluruhan ceritanya. Tahniah Amir! Anda buat saya gembira membacanya. Dan, kata teman serumah saya, Kak Marina, buku ini tampak menarik untuk dibaca kerana covernya yang berwarna pink dalam rupa hard cover itu mengingatkan dia kepada buku cerita kanak-kanak dulu-dulu [tapi, dia belum baca lagi buku ini].
Dan, sebelum terlupa, buku ini juga terbitan ZI Publication yang dilancarkan bersama-sama buku Tapai itu. Sama terbitnya, tapi lain rasanya.
Jom makan rojak!
7 comments:
wah, kagum ngan org yg minat membaca ni...apakah rahsianya...
Ajak:
Itu kegiatan biasa saja. Kamu pun sedang melakukannya. Yang membuatkan aku nampak rajin, sbb aku mengulasnya di blog ... kalau kamu teruskan mengulas selepas membaca .. kamu pun akan nampak macam rajin membaca .... PERCAYALAH!
ah, aku tidak seterer kamu, percayalah...tapi aku suka membaca karyamu (bulehkan disebut sbg karya)...
Terima kasih ;-)
Ajak:
Setinggi manapun kebanggaan ku terhadap kata2 mu ... aku juga berperasaan yang sama terhadap coretan kau ...
P/s: mesti orang terjeluak dengar kan? saling mengkagumi le plak ... keji kan? hehehhe
En. Amir:
Sama2 dan terima kasih kembali! =)
yelah pisha, aku mula merasai kekejiannya, marilah kita hentikannya.
Post a Comment